di kedah,
i mean di sekolahku *tercintalasangat* tu, sampai je asrama, akan terautomatik nyanyi lagu Kosong - Najwa Latif. entah kenapa pun saya tidak pasti. i'm not a fan of her pun. i fancy music, not the singer.
mungkin sebab aku betul-betul lah kosong.
| bukan kosong yang ini |
sebab saya minat yang ini!
| sebab aku pun suka buat muka camni ha ^^ |
tapi apa-apa pun everything's happened la kan.
and aku pun tak boleh kata apa-apa. okay je sekolah tu kot. happy je aku. *happy sangat*
setakat dua tiga jengkal manusia annoying tu belakang cerita la kan.
kalau exam hancus tu pun bukan salah sekolah or cikgu,
salah aku la sebab dah terbiasa bergantung pada cikgu macam sekolah harian. kat SBP mana boleh gitu.
tapi tergugat jugak la bila tak boleh study guna laptop+mendengar party rock anthem kat situ,
mp3 haram, radio je bleh. dah, kalau dah duduk kat sempadan siam tu, radio apa yang dapat didengar agak-agak? radio thailand la weyh~ cehh -,-''
dan tergugat jugak bila aku terpaksa berdepan dengan kaum Adam yang tidak sporting.
nasib je aku tak pernah dengar mereka mengutuk aku depan-depan. kalau tidak... pang!
tapi sekolah ni keagamaan dia sangat la kuat. kalau betul-betul ikut, insyaAllah jadilah manusia yang baik dan mukmin.
sebab tu lah, bila mak aku buat kempen nak meminta saya keluar saja dari sekolah itu: i declined.
sebab aku nak buktikan yang aku boleh survive kat mana-mana. so, sebelum 2012 ini berakhir, aku kena bagi straighhhttt A kat mama ku sambil terus hidup.
sengsara sikit je kot.
dan aku still ada tanggungjawab. aku tak boleh tinggalkan projek Gema Alam aku tu camtu je.
agak la, letih kot tercangak sana sini mencari encik ketua projek yang busy main bola+melilau entah ke mana tu. tambah lagi tahan malu bila tetibe je aku, seorang perempuan yang mengetuai perjumpaan. yang jejaka semua tolong buka majlis, tutup majlis dan ternganga dengar apa aku cakap. lepas tu duk kutuk 'accent' perak aku -,-. nasib saja aku baik. cari cikgu berkali-kali dalam sehari (selagi cikgu takda kat bilik guru, selagi tu lah aku berulang-alik). lepas tu, nak tinggalkan pulak? banyak lah. dah la aku plan satu satu. tu belum nak mengungkit pasal kanak-kanak (kawan-kawan perGeo aku actually - hee korang the best) yang paling liat nak pergi perjumpaan waktu prep. terpaksalah aku, pelajar sains tulen naik tangga pergi kelas sains agama mencari diorang. yang jejaka-jejaka lagi liat. sangat tak boleh blah. kadang-kadang tergarang dengan diorang. sorry korang.
dan tanggungjawab sebagai prs pelik pun kena jaga jugak. kalau aku nak keluar, seminggu sebelum kena kaunseling tu aku dah ready dah letak jawatan. nak jaga nama prs. kem pun mesti cikgu dah daftar nama. kalau aku keluar sekarang, of course cikgu naik angin sebab menyusahkan dia. mati aku.
dan last sekali yang tak berapa penting is: aku la yang sibuk berkempen dengan form 4 baru 1st/2nd/3rd intake supaya jangan keluar! jangan! no!
especially yang 1st intake tu sebab aku penghuluwati waktu msr *cewahh tak related pun*.
aku kira motivator diorang. lepas tu tuptaptuptap aku yang keluar. tak ke macam cakap tak serupa bikin je? mesti diorang menyampah tahap dewa kalau i did that.
dan macam mana nak tinggalkan crush aku?
walaupun dia sombong tak pernah nak tegur aku, tapi aku tau dia yang dia dah jelas bahawa aku suka giler kat dia.
eh, no negative thinking, okay~ my crush is: kucing-kucing kat sana. walau sombong, tetap ku gemar jua. ahaha.
so, another ridiculous rant a.k.a memorandum/kertas kerja kenapa aku patut stay, titik bertindih (:) tanggungjawab menggunung.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment