Monday, November 12, 2012

cakap serius

aku dah spend banyak masa depan komputer.
banyak.

*sigh*

i hope it will change.

just had this moment of muhasabah diri. and wrote this on fb:

sebab aku doubt diri sendiri berubah semata-mata kerana Allah.

mungkin ada unsur manusia
atau surroundings

sebab kadang-kadang things tak selalunya consistent.
but i tried my best.

aku memang gila-gila.
mungkin ada masa orang nampak aku macam takda masalah.
hinggalah mereka tahu what's behind my happy face.

itu masalah aku,
tak suka menangis mengenangkan nasib sendiri,
mengeluh macam mana pun, aku tak akan menangis.

"kalau aku betul-betul hamba Allah yang beriman dengan Qada' dan Qadar, aku tak layak nak mempersoalkan pun nasib aku sekarang. Apakan lagi menangis"

aku suka main-main
dan cakap merepek.
sampaikan bila aku cakap benda serius atau bagi cadangan,
orang lekehkan.
tapi tak apa lah, mungkin idea aku memang tak boleh pakai.
*sigh*

tapi ada masa yang aku betul-betul cakap serius.
dan aku tak kisah pun kalau orang lain anggap aku main-main.

#1
teringat masa rehearsal MAKO (Majlis Anugerah Kokurikulum), sebagai wakil kumpulan folio aku, aku terpaksa sibukkan diri siang malam pergi rehearsal (jangan tanya apa yang jadi waktu real ceremony, tapi tetap hancuss by the way). Sedangkan minggu tu macam-macam benda nak jadi kat aku. aku seriously exhausted mentally+physically.
one day waktu rehearsal, seorang "kawan lama" (kira boleh panggil kawan lama sebab lama gila tak tegur walaupun satu sekolah. he's a guy anyway) approached aku. dia tanya pasal results exam. dua-dua pun faham realiti sebenarnya by the way. memang exam akhir tahun ni confirm dapat teruk. confirm flunking.
tapi sedangkan aku tak suka nak cerita markah aku rasa jadi open bila cakap dengan kawan lama ni. sebab mungkin masing-masing form 4 baru. masing-masing faham apa yang jadi.

"tak syok kan tiba-tiba jadi tak cekang?"
haha, entah kenapa ituyang keluar dari mulut aku. mungkin betul itu apa yang aku fikir.

kami berdua setuju yang orang yang dapat result elok hujung tahun ni semua pakat duduk dalam kelas baca buku je. bukan macam people like us yang keluar merantau sana sini busy berko-ku segala. kira kami berdua boleh kata seimbang la kalau nak banding dengan genius-genius ulat buku tu.

waktu tu, aku rasa ringan kepala sikit. sebab yes, memang waktu tu aku cuma fikirkan result aku je.
just thanks, buddy.

and yeah, mungkin waktu tu orang sekeliling kami berdua akan pandang serong sebab kitorang memang syok sembang berdua waktu semua tengah busy buat kerja masing-masing. for the first time aku tak kisah, sebab waktu tu aku memang serius dengan apa yang aku cakapkan. at least ada orang nak cakap pasal markah dengan aku. sebab fyi, semua pakat menyampah nak sembang pasal markah dengan aku sebab aku dikatakan dah cukup terer, pandai, blablabla...

korang tau mana semua tu? cuba lah jadi aku walau sehari, korang takkan tahan punya. serius.
aku cakap serius ni.

#2
teringat waktu salam mahabbah dengan form 5 dekat surau hari tu.
salam punya salam, baru la aku sedar yang aku kenal kebanyakan form 5 sekolah aku, dan yang bestnya, diorang pun kenal aku. sampaikan ada kakak senior yang asyik nak tergelak bila nak salam dengan aku sebab aku ni dia kata lawak orangnya. heheh.
sampailah kena salam dengan penolong ketua BADAR (orangnya baik, pandai, sopan, perfect),
aku cakap sesuatu yang sangat serius

"Hani, doakan kak d tau"
"insyaAllah. Doakan Hani supaya jadi baik macam Kak D"

waktu tu, yes, aku cakap serius. seriously serious.
aku memang nak jadi baik macam kak D tu.
biar jauh macam mana pun perjalanannya, aku nak jugak jadi macam dia.
insyaAllah.
Doakan aku?

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Followers

the blogger

My photo
well i don't brag. maybe my words will if you misunderstands them.