Monday, August 20, 2012

di compartment depan pencil box aku

p/s: this is a private blog, tak pernah di promote kepada kawan-kawan yang aku kenal sebab aku suka berblog sesuka hati dan aku tak nak jaga hati sapa-sapa. semuanya ikhlas.

dan aku sedar aku tak mampu nak keluarkan kata-kata yang semuanya baik dan berhikmah.
sekadar mampu bercerita dan biar sesiapa yang membaca ambil pengajaran. i'm still learning to be a muslimah. guide me.

dan p/s: untuk menambah pahala, why don't you recite this first: subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar

done?

okay, moving on to the topic.

aku pernah buat kerja gila-gila. 
kerja yang hanya berani dilakukan oleh students integrasi yang duduk di BELAKANG kelas 4 *ikr* sahaja (sebab no one sees us sangat la)

and my crazy mate is: ***thar 

kami berani bergelak ketawa di belakang (sambil tutup muka dengan buku, atau timbunan buku)
melambai-lambai kepada orang yang kami tak pernah berani nak lambai,
buat nota-nota pelik, komen-komen orang depan dan sebagainya =,=

tapi yeah, kami tak mengumpat. bila nak start mengumpat saja, one of us will say:
"seronok makan daging orang?"

the other will just terdiam and tukar topik. at least.

dan kerja paling gila yang pernah dilakukan ialah:
menulis ciri-ciri calon suami =,=

sedangkan itulah aktiviti yang agak mustahil bagi aku. sebab aku tak pernah kisah tentang perkahwinan ni.
tak sesuai nak kisah pun kan?

dengan sehelai kertas A4 si thar menulis.
panjang lebar apa yang aku katakan.
diselang-selangkan gelak tawa *terkawal*
sambil menjeling-jeling ke sini sana untuk pastikan line clear.
ada juga mata yang *tak sepatutnya* singgah ke kami.
cuba menajam-najamkan telinga mencuri dengar.
tapi suara yang lain lebih tinggi frequency nya~

bila tiba giliran cik thar bercerita, cikgu masuk dengan riangnya,
jadi tertangguhlah sampai sekarang~

dan aku simpan kertas tu. sebagai kenangan.
masa aku merepek.
kalau dapat yang seperti itu bagus juga kan?

tapi bila difikirkan,
apa ertinya aku cinta pada seseorang apabila tak dapat terima dia apa adanya?
hanya Allah yang sempurna di hati aku.
sesempurna manusia hanyalah Rasulullah.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Followers

the blogger

My photo
well i don't brag. maybe my words will if you misunderstands them.