Tuesday, August 21, 2012

yang perfect

termenung kejap bila taip status di fb.
saja luahkan perasaan (tapi bkn yg berlebihan, just telling)

yang aku, cik Hani, tak pernah rasa pure enjoy bila berada di sekolah baru. titik.
yang aku, mengaku bahawa aku tak mampu mengangkat sekolah *pasu* sebagai sekolah yang boleh aku kenang-kenang bila aku keluar form 5 nanti.
dan aku, mula mempersoalkan sama ada aku nak ke tak habiskan form 5 aku nanti di sana.

yes, peluang itu banyak kalau nak dibandingkan dengan sekolah lama.
and yes, mungkin orang pandang tinggi sikit.

tapi aku, macam biasa tak pernah kisah apa yang orang fikir, nak pandang tinggi atau rendah, biarlah.
so, aku lebih fikirkan diri sendiri.
sebab bila aku stay di sana, niat aku nak menuntut ilmu tu berubah jadi "nak jadi pandai macam orang lain".
macam pandai tu boleh buat aku jadi glorious macam apa je.

tapi yelah, nilai agama pun aku dapat banyak kat sekolah ni.
daripada dulu tak reti sembahyang jemaah kalau dah masbuk,
daripada dulu baca Al-Quran hanya sehelai sehari je.

sekarang dah improve.

cuma itulah, aku masih fikirkan yang sekolah ni terlalu berfikiran sempit.
yang mana kebanyakan manusia di dalamnya masih kekampungan.
masih sibuk mengumpat belakang orang kerana cemburu.
dengan tak boleh bawak mp3 nya. mp3 je pun. kalau isi dengan bacaan Al-Quran kan tak buruk jadinya.

*sudah, cukup membuka keburukan. maaf.

dan cuma aku terfikir di sekolah ni aku terjumpa orang yang close to perfect.
yang baik, tenang, pandai, kaya, cantik, beragama dan sabar.
everything in a person.
walaupun aku nampak juga kekurangan orang tersebut di sini sana, cuma tak nampak sangat.

dan ada juga yang sebenarnya dah cukup baik, tapi disebabkan dia berada dalam kalangan orang yang lebih baik, dia dilihat kurang baik.
just because maybe dia bising sikit, suka gelak kuat sikit, lebih outgoing.
dan bercakap dengan lelaki sesuka hati.

ya, mungkin ya bahawa bercakap dengan lelaki itu salah. tapi sekurang-kurangnya dia jaga jarak, tak pernah bersentuh-sentuh pun, tak gurau berlebihan.
dan yes, yang salah itu tetap salah. tapi macam mana jika aku salahkan puluhan orang-orang baik di sekeliling orang tu yang tak pernah nak cuba menegur/ tarik dia ke jalan yang benar?

and oh, I was referring to kaum hawa when typing about everything di atas.

and for the guys,
ada yang aku lihat hebat sekali. ikut sunnah Rasulullah walaupun hanya ingin makan.
dan of course, yang baik tu selalu meniti di bibir-bibir students perempuan walaupun tak obvious.
sedangkan dia solat sunat di surau (surau sekolah aku tiada hijab - pemisah antara ruang solat muslim dan muslimah) pun boleh dikatakan,
cara dia berlari-lari untuk dapat pahala solat jemaah,
ada yang akan berdiri dan berdoa sebelum duduk di surau.
yang suka baca al-Quran berdua, tiap-tiap hari.

dan cerita-cerita hebat ni aku dengar daripada orang lain.
sebab bagi aku, sehebat-hebat seorang lelaki itu ialah lelaki yang memikul tanggungjawabnya dengan serius, dan penuh dedikasi.
dan yang selalu menghormati kaum perempuan, no matter how bad the girl/woman is.

"lelaki tu ramai, tapi yang betul-betul bertanggungjawab macam lelaki tu susah nak cari"

aku tak suka perhati orang sangat. dan lagi seseorang tu popular, lagilah aku tak suka nak perhatikan, sebab aku rasa aku sama saja macam orang lain jika aku join sekaki.
except dalam kelas, yes, aku suka usya (sebab terlalu bosan sebab aku tak suka bercerita sangat dan aku jarang tidur). aku nak kurangkan tabiat memerhati dalam kelas ni actually.

my opinion:
i don't care if no girl is even close to perfect.
because guys are the ones who need to be perfect.
because they will be guiding the girls, their spouses.

be a great leader, guys!
guide my girl friends to Jannah!

Assalamualaikum :)
doakan aku yang baik-baik kerana Allah akan memakbulkan doa mereka yang mendoakan saudara-dara mereka tanpa saudara-saudara mereka ketahui.

No comments:

Post a Comment

Followers

the blogger

My photo
well i don't brag. maybe my words will if you misunderstands them.