aku ada di kelantan ni.
hidup dengan segala kemungkinan.
alhamdulillah.
kerana aku sebenarnya bernasib baik.
dan aku tak tahu apa akan jadi pada aku,
sekiranya aku tak lalui 'aku' yang dulu.
sekarang aku tahu apa rasanya.
pedih.
perit.
speechless.
berjumpa manusia yang buat aku sakit dan meminta maaf.
dan senyum.
ya, aku ikhlas senyum.
aku rasa lega.
dan tak tahu apa nak expect.
balik esok, boleh?
aku tak nak berlama-lama kat sini.
aku sakit.
doakan aku.
aku kini sedang rasa sakit yang amat sangat.
dan Allah saja yang tahu. Allahurabbi.
dan kini yang antagonisnya semua pada aku.
sampai aku teringat semula luka-luka dulu.
yang membuatkan aku tak percaya pada masa depan,
buat aku benci pada rasa cinta.
buat aku jadi 'kayu' seperti ini.
aku terhina.
aku datang. untuk 3 hari...
menebus dosa di pihak aku.
dan mungkin bertahun kemudian, barulah aku kembali.

No comments:
Post a Comment