bila aku katakan sesuatu yang lawak pada kawan aku,
biar melebih-lebih hiperbola,
sebenarnya aku hanya nak dia gembira. dan senyum.
bila aku suka pandang sesuatu,
tak bermakna aku berminat,
atau suka.
aku cuba mengintepretasikan apa yang aku pandang.
kepada maklumat-maklumat dan kata-kata.
bila aku bercakap dengan lelaki,
tak bermakna aku berminat dengan dia,
atau saja-saja tegur dia.
ada sesuatu tujuan sebenarnya.
selalu ada tujuan.
bila aku senyum dan ketawa saat bercakap dengan lelaki,
walaupun benda tu benda serius,
sebenarnya itu tindak balas biasa,
kerana aku akan senyum dan ketawa lebih hebat bila bercakap dengan perempuan,
dan aku akan ketawa bila aku nervous (rahsia ni)
bila aku puji seseorang,
tak bermakna aku nak niat apa-apa,
cuma aku hanya puji bila aku ikhlas,
tak kira la kau tu siapa,
aku tak reti ayat bunga-bunga. serious.
bila aku cakap lebih kurang je dengan kau,
bila aku cakap guna ayat yang bukan-bukan,
anggaplah aku mengantuk waktu tu,
brain dah over limit.
dan lelaki,
jangan pernah sangka aku nak mengorat kau,
hey, aku bukan macam tu,
aku. tak. berminat.
aku dah tepu dengan macam-macam manusia,
aku tak mampu tampung lagi satu beban bernama cinta manusia. serious.
bila aku cakap dengan kau,
dengan cara yang sama aku cakap dengan kawan perempuan aku,
maknanya aku dah tak reti nak berkias,
anggaplah yang aku tak reti,
jaga sepenuhnya komunikasi,
dan doakanlah aku.
dan jagalah iman kau.
sesungguhnya aku bukan sebab yang baik untuk kau biarkan iman kau tergugat.
dan aku bukan punca yang hebat untuk biar hati kau lalai dari Allah.
shhh diam.
tolong husnuzon.
Assalamualaikum.
p/s: aku hilang kau

No comments:
Post a Comment