kau pernah?
kau pernah jatuh cinta?
kawan dorm aku pernah kata,
"mesti ada sekelumit rasa tu, walau sikit, minat pada orang lain".
sebab umur macam aku ni memang,
memang penuh dengan rasa cinta.
"remaja ni suka mencintai dan ingin dicintai".
teringat kata-kata ni waktu program Manisnya Menjadi Gadis kat sekolah dulu.
tapi bagi aku, rasa yg orang kata "walau sekelumit" tu bukan cinta,
sebab orang kata cinta ni rumit.
kalau rasa suka dan what we call "crush" ni dikatakan cinta,
maka mudah sangatlah cinta tu.
tak rumit mana.
tak perlu tipu.
walau sikit.
mesti ada rasa.
aku? haa itu luar topik.
bagi aku itu normal.
tapi cuma aku nak emphasize yang CINTA bukanlah SUKA.
sebab setakat nak tau apa 'si dia' makan,
ke mana 'manusia' tu pergi,
tu bukan CINTA namanya, itu menyibuk.
Usia semuda aku ni, kena ingat,
Cinta itu kena betul salurannya.
hanya pada ibu bapa, keluarga.
dan paling utama: Allah, dan Rasulullah.
Apa lengkapkah rasa cinta kita jika masih lagi tak reti mencintai Yang Maha Esa?
dan ingatlah ada hadis Dari Anas bin Malik r.a : Rasulullah saw bersabda, "Belum sempurna iman seseorang kamu sebelum ia mencintaiku melebihi daripada cintanya kepada anaknya, kepada bapanya dan kepada manusia semuanya.”
dan berbalik pada rasa suka tu tadi:
rasa suka tu biasa,
dan bila aku, aku yang merasa suka pada sesiapa.
aku gelakkan diri aku.
dan sengaja biarkan rasa tu, tak perlu layan.
sebab? sebab rasa tu boleh buat aku zina hati!
err maaf, ada juga rasa suka yang boleh buat kita jadi manusia yang lebih baik.
tapi akhirnya terdedah kepada zina hati,
maaf. aku tak sanggup.
tapi macam mana untuk lupakan rasa suka tu?
jika aku, aku biarkan. selagi tak melarat.
aku mengaku. aku pernah solat hajat 2 malam berturut-turut pada minggu exam, bukan untuk exam, tapi untuk minta Allah agar buangkan rasa suka tu jauh-jauh dari aku. dan jauhkan 'manusia' tu dari aku.
dan diikuti doa berhari-hari.
dan aku mengaku yang aku sangat takut pada rasa suka ni.
entah.
Allah kan ada.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment