Saturday, December 3, 2011

dah lama

aku suka termenung.
dan fikir bukan-bukan.
atau bayangkan aku jadi orang lain.
walaupun aku rasa hidup aku dah cukup awesome.

aku suka senyum depan semua orang.
sebab aku ada lesung pipit.
dan pipi tembam.
sebab senyum tu membawa maksud.
yang aku ingin berkawan dengan semua orang.

aku suka fikir.
yang mungkin aku dah lama dah.
dah lama hidup dalam impian orang lain.
impian ibu aku, impian family, kawan-kawan dan guru.
sampai aku takut nak melangkah tanpa minta restu.
tapi bila aku rasa aku mampu, aku akan pergi tanpa kisah orang lain.

aku suka berdoa.
berdoa selepas solat dan sebelum tidur.
dan selepas baca Al-Quran.
agar mimpi-mimpi aku jadi kenyataan.
agar Allah tentukan yang terbaik untuk aku.
agar Allah bantu aku untuk jadi orang yang baik.
atau utuskan sesiapa untuk bimbing aku.
jadi manusia yang lebih baik dari sekarang.

aku tak mampu berhenti. thanks.

No comments:

Post a Comment

Followers

the blogger

My photo
well i don't brag. maybe my words will if you misunderstands them.