Saturday, January 21, 2012

sepuluh hari

aku pergi depan cermin sekejap.
dan aku duduk semula.

apa yang aku nampak?

aku nampak mata aku yang risau.
nampak rasa kusut yang ada.
dan nampak seorang manusia kat balik cermin tu.

dia kata kat aku,
kenapa kau susah sangat nak buat keputusan?
tak reti nak ambil risiko? tak reti nak hidup ke?
kenapa mesti besar-besarkan perkara ni?

aku pun diam.

wahai cermin,
aku susah buat keputusan sebab aku ni perempuan. perempuan fikir banyak, sibuk fikir apa yang akan jadi bertahun akan datang.

dan aku mengaku aku memang tak reti nak hidup. aku takut buat salah. sebab aku tak nak menyesal.

dan aku sendiri pun menyampah dengan diri sendiri sebab asyik besar-besarkan benda ni.

aku pejam mata. agaknya aku boleh ke tidak hidup kat asrama?
mungkin aku akan rasa lebih rendah diri bila ramai budak pandai kat situ?
dan aku akan mati? entah.

memang aku mengaku aku sedih. sebab aku tak dapat apa yang aku nakkan.
aku nak tempat lain, boleh?

agak-agak nanti kalau aku nak masuk universiti nanti, akan jadi benda yang sama macam sekarang ke?
agak-agak kalau aku mintak sini, akan dapat yang sana?

dan kalau aku apply ke oversea, diorang akan reject aku ke?
sebab aku memang orang yang diorang taknak terima, walau aku usaha macam mana pun.

aku letih. tinggal sepuluh hari untuk pergi. dan satu hari untuk cakap 'ya' atau 'tidak'.
boleh aku cakap tidak?
dan duduk kat sini. semua orang panggil aku pengecut. yes, i am a coward.

at least aku dah selamatkan diri daripada risiko.

seriously, aku letih.

malam ni, nak istikharah.

harap Allah dengarkan aku.

Ya Allah, what should I do?

Aku. lemah.

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Followers

the blogger

My photo
well i don't brag. maybe my words will if you misunderstands them.